GINJAL tanya JANTUNG : ' syg di mana ? '
JANTUNG jawab : 'tak tahu '
JANTUNG pun tanya PARU-PARU : ' syg di mana ? '
PARU-PARU cakap : ' tak tahu '
PARU-PARU tanya HATI plak : ' syg di mana ? '
HATI pun jawab : ' syg di sini '
GINJAL , JANTUNG & PARU-PARU hairan... ' Kenapa syg ada di hati ??? '
HATI jawab : 'Hati di pilih oleh Tuhan untuk memiliki syg '
Kerana syg , Hati rela Menangis , Hati rela Dilukai .
Dan kerana syg, Hati rela Berkorban ... ♥_♥
Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.
Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi s.a.w banyak berdoa: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU!”.
Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?” Jawab baginda: “Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dua jari Allah, Dia membolak-balikkannya sebagaimana Dia kehendaki ”
- Riwayat At Tarmizi
Ya Allah, Yang Maha Berkuasa keatas setiap perkara di dunia,
Yang Maha Mengetahui,
Yang Maha Mendengar..
peliharalah hatiku Ya Allah.
Sucikanlah ia dari dosa-dosa silam dan penyakit-penyakit hati
sepertimana Kau sucikan bumi ini dengan air hujanMu.
Ya Allah, terangi wajah dan hatiku dengan keimanan kepadaMu ya Allah
sepertimana Kau terangi bumi ini dengan matahariMu.
Ya Allah, pimpinlah tanganku ke jalanMu ya Allah
sepertimana Kau pimpin kekasih-kekasihmu, wali-walimu,
dan orang-orang beriman ke jalanMu Ya Allah.
AMIN~~
No comments:
Post a Comment